Saturday, 1 September 2012

Jenis-jenis Warna

Warna terbahagi   kepada tiga jenis, iaitu:
a.  Warna asas atau warna utama/warna prima
b. Warna sekunder
c.  Warna tertier

Warna Asas
1.  Warna asas terdiri daripada warna merah, biru dan kuning.
2.  Warna asas juga dikenali sebagai warna utama/prima
3.  Warna asas tidak dapat dihasilkan melalui campuran warna-warna lain.
4.  Warna ini sesuai digunakan dalam penghasilan seni grafik seperti poster atau logo.


Warna Sekunder
1.  Warna sekunder ialah warna hijau, ungu dan jingga.
2.  Warna-warna ini dapat dihasilkan dengan campuran dua warna asas.




Warna Tertier
1.  Warna tertier ialah warna kuning hijau, kuning jingga, merah jingga, merah ungu, biru ungu dan biru hijau.
2.  Warna tertier dihasilkan melalui campuran satu warna asas dengan satu warna sekunder.





2 comments:

  1. terima kasih atas maklumat yang diberikan

    ReplyDelete
  2. Blog anda amat menarik,lengkap dengan aktiviti dan banyak maklumat.Tahniah dari saya.

    ReplyDelete