Monday 3 December 2012

Saturday 1 December 2012

Bukit Melawati, Kuala Selangor


Outdoor Sketching Contest 
雪州华文中小学生户外写生比赛

Hasil lukisan murid-murid sekolah menengah dan sekolah rendah di negeri Selangor yang telah memenangi dalam pertandingan tersebut.


















Tuesday 20 November 2012

Karnival Seni


Karnival seni ini diadakan di sekolah saya, SJKC Perempuan Klang. Karnival ini telah disambut dengan meriah oleh seluruh warga sekolah.. Hasil kerja murid mendapat penghargaan yang tinggi kerana mereka telah menghasilkan kerja tangan yang cantik dan kreatif. 




Monday 19 November 2012

Batik Tradisional

Aktiviti : Resis
Alat dan Bahan : Kertas lukisan, warna pastel, cat air, lilin.
Penerangan :  Murid menghasilkan corak batik menggunakan teknik resis.





Sunday 18 November 2012

Jam Kertas

Aktiviti : Membuat binaan
Alat dan Bahan : Pinggan kertas, gam, gunting, jarum peniti, kad manila, getah pemadam dan warna poster.
Penerangan : Murid menghasilkan model jam kertas yang menarik.


Langkah 1
Potong kertas warna dalam bentuk segiempat tepat atau segiempat bujur.
                             



Wednesday 14 November 2012

Tona Warna

Nilai cerah dan gelap pada warna dikenali sebagai tona warna. Setiap objek yang dilukis mempunyai nilai tona disebabkan oleh tindakan cahaya terhadapnya. Bahagian yang terkena lebih banyak cahaya mempunyai nilai tona lebih cerah, sementara bahagian yang terkena sedikit cahaya akan mempunyai nilai tona yang lebih gelap.





Buat lakaran dengan pensel. Pastikan arah cahaya. 

Kuda Kepang

Aktiviti :  Membuat model kuda kepang.
Alat Dan Bahan :  Kadbod, benang bulu kambing, gam, pisau pematang, warna pastel dan lain-lain.
Penarangan : Murid diminta menghasilkan model kuda kepang menggunakan kadbod.

Langkah 1 : 
Sediakan sekeping kadbod berukuran 2 kaki X 1 kaki, kemudian lakarkan bentuk kuda kepang di atasnya.






Corak Pembalut Hadiah / Buku

Aktiviti : Pualaman
Alat Dan Bahan : Cat Minyak, Besen, Kertas Lukisan, Lidi.
Penerangan : Murid menghasilkan corak tidak terancang dengan teknik pualaman.

Langkah 1 
Letakkan air kedalam besen.



Sunday 4 November 2012

Hiasan Dinding

Aktiviti : Lipatan dan guntingan.
Alat dan Bahan : Kertas lukisan, gunting, warna pastel dan gam.
Penerangan : Murid menghasilkan corak terancang dengan teknik lipatan dan guntingan.





Langkah 1.

Lipat kertas kepada 3 bahagian seperti gambar rajah.


Thursday 25 October 2012

Lawatan ke Istana Alam Shah, Klang

Hasil lukisan murid sebagai tanda tangan semasa lawatan ke Istana Alam Shah , Klang.

Hasil lukisan murid sebagai tanda tangan semasa lawatan ke Istana Alam Shah , Klang.

Thursday 4 October 2012

Bidang Kegiatan Bagi Kurikulum Dunia Seni Visual


  • Menggambar
  • Membuat Corak Dan Rekaan.
  • Membentuk Dan Membuat Binaan
  • Mengenal Kraf Tradisional

Saturday 1 September 2012

Jenis-jenis Warna

Warna terbahagi   kepada tiga jenis, iaitu:
a.  Warna asas atau warna utama/warna prima
b. Warna sekunder
c.  Warna tertier

Warna Asas
1.  Warna asas terdiri daripada warna merah, biru dan kuning.
2.  Warna asas juga dikenali sebagai warna utama/prima
3.  Warna asas tidak dapat dihasilkan melalui campuran warna-warna lain.
4.  Warna ini sesuai digunakan dalam penghasilan seni grafik seperti poster atau logo.


Warna Sekunder
1.  Warna sekunder ialah warna hijau, ungu dan jingga.
2.  Warna-warna ini dapat dihasilkan dengan campuran dua warna asas.




Warna Tertier
1.  Warna tertier ialah warna kuning hijau, kuning jingga, merah jingga, merah ungu, biru ungu dan biru hijau.
2.  Warna tertier dihasilkan melalui campuran satu warna asas dengan satu warna sekunder.





Friday 31 August 2012

Pengenalan Seni Visual

Seni Visual adalah mata pelajaran yang menjurus kepada bidang kegiatan seni tampak atau visual. Ia tidak merujuk kepada seni lain seperti seni muzik, seni sastera, seni tari dan seni mempertahankan diri.

Seni visual bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk minat, memperkembangkan keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain.

Murid di sekolah rendah pada keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif, dan aktif.Seni Visual memainkan peranan memperkembang sifat-sifat ini melalui persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran. Kegiatan pemikiran, penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan membolehkan mereka menyatakan idea dan eksperasi diri. Pengalaman ini penting kerana ia membantu murid membina keyakinan diri, membuat penilaian dan mengenali cita rasanya yang tersendiri.