Alat Dan Bahan : Cat Minyak, Besen, Kertas Lukisan, Lidi.
Penerangan : Murid menghasilkan corak tidak terancang dengan teknik pualaman.
Langkah 1
Letakkan air kedalam besen.
Langkah 2
Titiskan dua atau tiga titik warna cat minyak pelbagai warna ke dalam besen berisi air.
Kemudian kacau dengan perlahan-lahan cat minyak dengan menggunakan lidi.
Langkah 3
Tekap kertas lukisan pada permukaan air dengan perlahan-lahan.
Biarkan beberapa saat dan angkat kertas lukisan perlahan-lahan.
Langkah 4
Keringkan hasil yang diperolehi dan pamerkan.
Hasil Kerja
Saya akan cuba mengajar murid saya untuk membuat ini.
ReplyDeleteIdea yang menarik.
ReplyDelete