Wednesday, 14 November 2012

Tona Warna

Nilai cerah dan gelap pada warna dikenali sebagai tona warna. Setiap objek yang dilukis mempunyai nilai tona disebabkan oleh tindakan cahaya terhadapnya. Bahagian yang terkena lebih banyak cahaya mempunyai nilai tona lebih cerah, sementara bahagian yang terkena sedikit cahaya akan mempunyai nilai tona yang lebih gelap.





Buat lakaran dengan pensel. Pastikan arah cahaya. 






Keluarkan keluarga warna merah untuk mewarna kuntuman bunga. Mulakan dengan warna merah yang paling gelap.





Kemudian diikuti dengan warna merah muda. Akhir sekali dengan warna putih.




Untuk mewarna daun, gunakan pula keluarga warna hijau. Ulangi proses yang sama seperti mewarna kuntuman bunga,






 Kemudian warnakan latarbelakang. Akhir sekali ulangi garisan lakaran dengan pensel warna hitam untuk menghasilkan kemasan.






Hasil Kerja



6 comments:

  1. wah, baik dan sangat menarik... saya akan gunakan untuk mengajar anak murid saya.. terima kasih.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete